24 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
24 Mei merupakan hari ke-144 (hari ke-145 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 221 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Eritrea (1993)
- Hari St. Cyril dan St. Methodius di Bulgaria, Republik Macedonia dan Rusia.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1487 - Penyamar Lambert Simnel dimahkotakan di Katedral Christ Church, Dublin, Ireland sebagai "Raja Edward VI".
- 1626 - Peter Minuit membeli Manhattan daripada penduduk asal Amerika Syarikat dengan barang dagangan berharga 60 guilder.
- 1822 - Perang Kemerdekaan Ecuador: Askar-askar yang diketuai oleh Antonio José de Sucre (gambar) memperolehi kemerdekaan Quito daripada Sepanyol dalam Pertempuran Pichincha.
- 1883 - Jambatan Brooklyn di Bandar Raya New York dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
- 1911 - Perpustakaan Awam New York ditahbiskan.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Kapal tempur Jerman Bismarck menenggelamkan penjajap British HMS Hood (gambar) dalam Pertempuran Selat Denmark.
- 1948 - Perang Arab–Israel: Selepas lima hari bertempur, tentera Mesir menawan kibbutz Israel Yad Mordechai.
- 2010 - Korea Selatan menghentikan hampir semua perdagangan dengan Korea Utara sebagai balasan tenggelamnya ROKS Cheonan.
- 2014 - Dalam bola sepak, Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund dan memenangi Liga Juara-Juara UEFA kelima mereka.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
Kematian[sunting | sunting sumber]
|