29 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
29 Mei merupakan hari ke-149 (hari ke-150 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 216 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Demokrasi di Nigeria;
- Hari Penjaga Keamanan PBB Antarabangsa.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1453 - Constantinople jatuh kepada angkatan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih (gambar), mengakhiri Empayar Byzantine.
- 1660 - Pengembalian Inggeris: Charles II (gambar) menaiki takhta England pada Hari Oak Apple.
- 1900 - Ibu negara Chad N'Djamena diasaskan sebagai Fort-Lamy oleh komander Perancis Émile Gentil.
- 1914 - Kapal samudera RMS Empress of Ireland karam di Sungai Saint Lawrence selepas berlanggar dengan SS Storstad, menyebabkan 1,012 orang maut.
- 1919 - Pencerapan yang dibuat oleh ahli astrofizik Arthur Eddington sewaktu gerhana matahari mengesahkan sebahagian teori kerelatifan am Albert Einstein.
- 1953 - Pendaki Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay menjadi orang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest (gambar).
- 1999 - Olusegun Obasanjo menjadi Presiden Nigeria, ketua negara Nigeria yang pertama dipilih dari kalangan awam selepas 16 tahun pemerintahan tentera.
- 2011 - Presiden Abkhazia Sergei Bagapsh meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan di Moscow.
- 2011 - Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Sebastian Vettel memenangi Grand Prix Monaco 2011.
- 2012 - Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 27 orang maut dan lebih 20,000 lagi hilang tempat tinggal.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1917 - John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke-35
- 1926 - Abdoulaye Wade, Presiden Senegal ke-3
- 1979 - Arne Friedrich, pemain bola sepak Hertha BSC Berlin
- 1981 - Andrei Arshavin, pemain bola sepak Arsenal F.C.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1990 - Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3
- 2011 - Sergei Bagapsh, Presiden Abkhazia ke-2
|