Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
25 April merupakan hari ke-115 (hari ke-116 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 250 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Kulit edisi pertama
Robinson Crusoe
Kemalangan kereta api Amagasaki
- 1719 - Novel Robinson Crusoe (gambar) oleh Daniel Defoe mula diterbitkan.
- 1792 - Claude Joseph Rouget de Lisle menggubah La Marseillaise yang kini merupakan lagu kebangsaan Perancis.
- 1792 – Gilotin digunakan buat pertama kali bagi hukuman mati di Perancis.
- 1898 - Perang Amerika-Sepanyol: Amerika Syarikat secara retroaktif mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol, menyatakan keadaan perang telah pun wujud beberapa hari.
- 1945 - Tentera Jerman berundur dari utara Finland, membawa kepada penamatan Perang Lapland.
- 1953 - Molecular Structure of Nucleic Acids: A Structure for Deoxyribose Nucleic Acid oleh James Watson dan Francis Crick diterbitkan dalam jurnal sains Nature.
- 1974 - Lagu Grândola Vila Morena oleh Zeca Afonso disiarkan melalui radio, menandakan permulaan Revolusi Bunga Teluki, satu rampasan kuasa tak berdarah terhadap rejim Estado Novo di Portugal.
- 1986 - Mswati III dimahkotakan sebagai Raja Swaziland, mewarisi ayahandanya Sobhuza II.
- 2005 - Sebuah kereta api komuter terkeluar daripada landasannya (gambar) di Amagasaki, Hyōgo, Jepun dan menghentam sebuah pangsapuri, mengorbankan 107 orang dan mencederakan 555 lagi.
- 2007 - Sebuah planet luar suria yang seakan-akan Bumi, Gliese 581 c, ditemui di buruj Libra dan mungkin mampu menyokong hidupan.
- 2009 - Kongres Kebangsaan Afrika kehilangan majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya umum Afrika Selatan.