23 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
23 Jun merupakan hari ke-174 (hari ke-175 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 191 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Jaaniõhtu di Estonia
- Jāņi diadakan di Latvia kuno
- Perayaan Santo Jonas di Lithuania
- Hari Lahir Rasmi Grand Duke di Luxembourg.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1713 - Selepas Perang Ratu Anne, penduduk Perancis di Acadia diberikan setahun bagi mengisytiharkan kesetiaan kepada Britain atau meninggalkan Nova Scotia.
- 1865 - Stand Watie menjadi jeneral Negeri-Negeri Gabungan Amerika yang terakhir menyerah diri dalam Perang Saudara Amerika.
- 1887 - Taman Negara Banff (gambar) ditubuhkan parlimen, menjadi taman negara Kanada yang pertama.
- 1894 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa diasaskan kongres antarabangsa di Sorbonne, Paris.
- 1941 - Kemerdekaan Lithuania 1941: Ahli-ahli Barisan Aktivis Lithuania mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet.
- 1956 - Gamal Abdel Nasser menjadi Presiden Mesir, jawatan yang disandang sehingga kematiannya pada 1970.
- 1985 - Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 182 Air India di atas Lautan Atlantik, membunuh kesemua 329 orang di dalam kapal terbang.
- 1991 - Sega melancarkan Sonic the Hedgehog di Amerika Syarikat dan Eropah, memulakan francais yang telah menjual lebih 80 juta salinan permainan video ini dan susulannya.
- 2008 - Ketua pembangkang Zimbabwe Morgan Tsvangirai menarik diri daripada pusingan kedua pilihan raya presiden, menyebabkan Robert Mugabe kekal sebagai presiden.
- 2010 - Jeneral A.S. Stanley A. McChrystal digugurkan sebagai Komander ISAF di Afghanistan; Leftenan Jeneral UK Sir Nick Parker memangku.
- 2011 - Gunung berapi Nabro meletus (gambar), menghamburkan kuantiti terbanyak sulfur dioksida pernah direkod satelit.
- 2011 - AirAsia membuat pesanan tunggal terbesar dalam sejarah penerbangan komersil, membeli 200 pesawat Airbus A320neo.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1972 - Zinedine Zidane, bekas pemain bola sepak Real Madrid C.F.
Kematian[sunting | sunting sumber]
|