19 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
19 Mei merupakan hari ke-139 (hari ke-140 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 226 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Belia dan Sukan di Turki.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1536 - Permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England Anne Boleyn (gambar) dipancung di Menara London kerana berzina dan derhaka besar.
- 1649 - Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
- 1780 - Gabungan asap, kabus dan litupan awan tebal menyebabkan gelap-gelita di sebahagian kawasan New England, Amerika Syarikat dan sebahagian Kanada pada waktu tengah hari.
- 1802 - Anugerah Légion d'honneur ("legion yang mulia") (gambar) dimulakan oleh Konsul Pertama Republik Perancis Napoleon Bonaparte, sebagai anugerah untuk askar dan orang awam.
- 1921 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
- 1922 - Pertubuhan Peneroka Muda Kesatuan Soviet diasaskan.
- 1961 - Venera 1 menjadi objek buatan manusia pertama terbang lalu planet lain selepas melintasi Zuhrah (kuar angkasa ini telah gagal berhubung dengan Bumi sejak sebulan lepas dan tidak menghantar data kembali).
- 2007 - Perkahwinan diraja antara Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim Davidson selamat dilangsungkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
- 2010 - Setelah dua bulan bercanggah, tentera Thai menyerang (gambar) kem Baju Merah di Bangkok, memaksa mereka menyerah.
- 2011 - Dominique Strauss-Kahn meletakkan jawatan sebagai ketua Kumpulan Wang Antarabangsa ekoran daripada tuduhan serangan seksual.
- 2012 - Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1881 - Mustafa Kemal Ataturk, seorang perdana menteri semasa kemerdekaan Turki
- 1977 - Manuel Almunia, penjaga gol Arsenal F.C.
- 1979 - Andrea Pirlo, pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian[sunting | sunting sumber]
|