Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
1 Mei merupakan hari ke-121 (hari ke-122 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 244 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
305 - Diocletian dan Maximian bersara daripada jawatan Maharaja Rom .
1707 - Melalui Akta Penyatuan 1707 , Kerajaan England dan Scotland bersatu untuk membentuk Kerajaan Great Britain .
1753 - Carl Linnaeus menerbitkan Species Plantarum , yang, bersama dengan karya lebih awalnya Systema Naturae , dianggap sebagai permulaan tatanama botani moden.
1776 - Pertubuhan rahsia Illuminati diasaskan oleh Adam Weishaupt dan Adolph von Knigge di Ingolstadt , Bavaria , Jerman.
1786 - Tayangan perdana opera jenaka Le nozze di Figaro yang digubah oleh Wolfgang Amadeus Mozart diadakan di Burgtheater , Vienna .
1834 - Jajahan-jajahan British menghentikan amalan perhambaan .
1840 - Setem pos berperekat rasmi yang pertama, Penny Black (gambar) , dikeluarkan di United Kingdom Great Britain dan Ireland .
1886 - Rusuhan yang berlaku di Dataran Haymarket di Chicago, Illinois menandakan bermulanya acara mogok yang membawa kepada pengenalan amalan hari bekerja lapan jam di Amerika Syarikat. Peristiwa ini kini diingati melalui sambutan Hari Pekerja Sedunia .
1893 - Eksposisi Columbia Sedunia , sebuah Pameran Sedunia yang meraikan ulang tahun ke-400 penemuan Dunia Baru oleh Christopher Columbus , dibuka di Chicago , Amerika Syarikat.
1925 - Persekutuan Kesatuan Sekerja Seluruh China dirasmikan. Kini, pertubuhan ini merupakan kesatuan sekerja terbesar di dunia, dengan 134 juta orang ahli.
1927 - Masakan pertama dalam penerbangan berjadual diperkenalkan dalam perjalanan Imperial Airways dari London ke Paris .
1931 - Bangunan Empire State di Bandar Raya New York dibuka, menjadi bangunan tertinggi di dunia ketika itu.
1940 - Sukan Olimpik Helsinki 1940 dibatalkan akibat peperangan.
1941 - Filem yang disanjungi secara meluas , iaitu filem Citizen Kane oleh Orson Welles , mengadakan tayangan perdananya.
1948 - Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara ) diasaskan, dengan Kim Il-sung sebagai presidennya.
1956 - Vaksin polio yang direka oleh Jonas Salk dijual kepada orang awam.
1960 - Negeri Bombay di India dipecahkan menjadi Gujarat dan Maharashtra mengikut sempadan bahasa .
1960 - Perang Dingin : Peristiwa U-2 : Krisis diplomasi timbul antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet setelah sebuah pesawat perisikan Lockheed U-2 ditembak sampai terhempas di wilayah Soviet.
1961 - Perdana Menteri Cuba, Fidel Castro mengisytiharkan negaranya sebuah negara sosialis lalu memansuhkan pilihan raya.
1978 - Naomi Uemura dari Jepun menjadi orang pertama yang tiba di Kutub Utara secara bersendirian, dengan menaiki kereta luncur salji yang ditarik anjing.
1982 - Operasi Black Buck : Tentera Udara Diraja British menyerang Tentera Udara Argentina dalam Perang Falklands .
1989 - Disney-MGM Studios dibuka di taman tema Walt Disney World Resort berhampiran Orlando, Florida , Amerika Syarikat.
1995 - Tentera Croatia melancarkan Operasi Bljesak dalam Perang Kemerdekaan Croatia .
1997 - Tasmania menjadi negeri terakhir di Australia yang membenarkan kegiatan homoseksual .
2004 - Cyprus , Republik Czech , Estonia , Hungary , Latvia , Lithuania , Malta , Poland , Slovakia , dan Slovenia menyertai Kesatuan Eropah , dan disambut di kediaman Presiden Ireland di Dublin .
2010 - Satu cubaan serangan bom kereta terjadi di Times Square , Bandar Raya New York .
2011 - Paus John Paul II dibeatifikasi dalam satu upacara di Kota Vatican .