Daun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daun dengan struktur lamina dan penyusunan urat pinat.

Dalam bidang botani, daun ialah sebuah organ tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-selnya yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun.


Anatomi daun[sunting | sunting sumber]

Struktur daun angiosperma yang lengkap terdiri daripada:

frames
  • petiol (tangkai daun);
  • lamina (biasa dipanggil "daun" dalam bahasa harian); dan
  • stipul (struktur yang kecil di kiri kanan pangkal petiol).
  • aksil (sudut di antara daun atau batang dengan paksi tempat kemunculannya.)

Bukan setiap spesies tumbuhan mempunyai daun yang terdiri daripada kesemua bahagian struktur tersebut. Dalam sebilangan spesies, stipul tidak ketara atau langsung tidak ada. Kekadang juga, daun tidak mempunyai tangkai atau laminanya tidak leper. Keragaman yang berbagai-bagai yang ditunjukkan oleh struktur daun dari satu spesies ke satu spesies diperihalkan dengan terperinci di bahagian jenis, susunan, dan bentuk daun di bawah.

Sebagai satu organ tumbuhan, daun biasanya terdiri daripada tisu-tisu berikut:

  • epidermis yang melitupi permukaan daun atas dan bawah;
  • klorenkima dalaman yang digelarkan mesofil; dan
  • susunan urat (tisu vaskular).

Morfologi daun[sunting | sunting sumber]

Morfologi daun.

Jenis-jenis daun[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa jenis daun iaitu daun tunggal dan daun majmuk.

Daun tunggal Keterangan
Daun tunggal (single leaf)

Daun tunggal.png

Sehelai daun melekat terus ke dahan atau batang pokok.


Daun majmuk Keterangan
Palmat (palmate)

Kastani lehed.jpg

Daun-daun bercantum di tengah.
Pinat (pinnate) Daun majmuk yang mempunyai anak-anak daun yang tersusun pada ibu tulang daun.
Trifoliate palmat (palmately trifoliate)

Felt I should click this...jpg

Daun majmuk yang mengandung tiga anak daun tersusun secara palmat.[1]
Trifoliate pinat (pinnately trifoliate) Daun majmuk yang mengandung tiga anak daun tersusun secara pinat.
Bipinat (bipinnate)

Pteridium aquilinum leaf.gif

Daun pinat majmuk yang anak daunnya tumbuh secara berpasangan pada batang yang berpasangan.
Pinat genap (even pinnate)

Delonix decaryi 03 ies.jpg

Majmuk pinat yang mempunyai dua anak daun terminal atau hujung.
Pinat ganjil (odd pinnate)

Fagara coco leaves.jpg

Majmuk pinat yang mempunyai satu anak daun terminal atau hujung.

Susunan dan kedudukan daun[sunting | sunting sumber]

Bentuk bilah daun Keterangan
Kordat (cordate) Berbentuk jantung.
Kuneat (cuneate) Berbentuk baji.
Deltoid (deltoid)
Lelembing (hastate) Merujuk kepada bentuk daun seperti bentuk lembing, mempunyai 3 kelepak, satu ke arah depan dan dua mengarah ke tepi petiol.
Lanseolat (lanceolate)
Obkordat (obcordate) Berbentuk seperti jantung terbalik, merujuk kepada daun-daun berbentuk jantung yang mempunyai tangkai pada apeks jantung tersebut.
Oblanseolat (oblanceolate)
Obovat (obovate) Merujuk kepada bentuk daun yang tirus di bahagian pangkal atau seperti bujur telur terbalik.
Ovat (ovate) Berbentuk bujur telur.
Peltat (peltate)

Acer pseudoplatanus4 ies.jpg

Spatulat (spatulate) Berbentuk seperti sudip atau sudu
Subulat (subulate)

Bentuk bilah daun[sunting | sunting sumber]

Susunan dan kedudukan daun Keterangan
Dekurun (decurrent)
Sesil (sessile) Terletak terus pada bahagian pangkal, tanpa penyokong, tangkai, pedisel atau pedunkel.
Selang (alternate)
Bertentangan (opposite)
Sekeliling (whorled) Daun-daun yang teratur sepusar, iaitu daun-daun dikeluarkan pada satu titik.[2]
Roset (rosette)

DandelionLeaf.jpg

Tepi daun[sunting | sunting sumber]

Tepi daun Keterangan
Krenat (crenate) Mempunyai pinggir terbiku.
Dentat (dentate)
Sekata (entire)
Gerigi (serrate)
Serulat (serrulate) Mempunyai gerigi halus.
Sinuat (sinuate) Mempunyai tepi yang berombak atau berlekuk, seperti tepi daun atau insang agarik.

Hujung daun[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis hujung daun (leaf apices).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]