Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Selamat datang ke Wikipedia,
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 239,533 buah rencana.
Pengumuman · Soalan lazim · Kedai Kopi · Embassy · About Malay Tutorial · Meja bantuan · Meja rujukan · Hubungi kami · Indeks A–Z

Rencana Pilihan Rencana pilihan


Pintu masuk utama di kampus induk USM

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti awam di Malaysia. Kampus utamanya terletak di Minden, Pulau Pinang. Terdapat tiga kampus lain iaitu Kampus Kejuruteraan di Seberang Perai, Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan dan satu kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India. USM mempunyai jumlah pelajar sekitar 29,790 orang pada 2006. Ini menjadikannya universiti terbesar di Malaysia daripada segi bilangan pelajar.

USM telah ditubuhkan sebagai universiti kedua di Malaysia pada 1969 dan pada mulanya dikenali sebagai "Universiti Pulau Pinang". Kampus Kesihatan mula beroperasi sebagai Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada Ogos 1983, manakala Kampus Kejuruteraan berpindah ke Tronoh, Perak sebelum ke Nibong Tebal pada 1997.

Universiti Sains Malaysia merupakan salah sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia. Ini jelas mencapai misi dan visinya menjadi universiti bertaraf dunia melalui program penyelidikan bertaraf dunia dengan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D. Pada 2008, USM telah dinaikkan taraf menjadi Universiti APEX dan diharap menjadi peneraju utama ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Universiti ini mendapat sokongan daripada kakitangan akademik dan sumber manusia yang cemerlang untuk menjayakan misinya. Pada 2006, dengan hampir 30,000 pelajar termasuk 7,000 orang bertaraf pascasiswazah, USM memiliki seramai 1,600 orang pensyarah. Ini bererti nisbah pensyarah-pelajar ialah 1:23.

Gambar pilihan Gambar pilihan


Matahari Terbenam di Montmajour
Matahari Terbenam di Montmajour

Matahari Terbenam di Montmajour (Zonsondergang bij Montmajour) ialah sebuah lukisan minyak lanskap karya seniman Belanda Vincent van Gogh yang dilukis pada tahun 1888. Lukisan ini dihasilkan ketika beliau menetap di Arles, Perancis, dan memperlihatkan pemandangan garig disertai pepohonan oak, semak belukar dan runtuhan Biara Montmajour di belakangnya.

Gambar pilihan sebelum ini: Taman Jepun - Kupu-kupu Jamides celeno - Sungai Yarra

Hal Semasa Berita terkini


Kuil Maya Dewi, Lumbini‎‎

Hari ini dalam sejarah Hari ini dalam sejarah


30 November: Hari Kemerdekaan di Barbados (1966); Hari Santo Andrew di Scotland; Hari Bonifacio di Filipina.

The Crystal Palace

Tahukah anda? Tahukah anda...


Air laut
  • "... bahawa setiap kilogram air laut mempunyai kira-kira 35 gram garam terlarut?"
  • "... bahawa bulan Miranda menunjukkan lebih banyak bukti aktiviti geologi lampau daripada mana-mana satelit Uranus lain?"
  • "... bahawa Haji ialah Arafah?"
  • "... bahawa di sesetengah tempat di bawah lautan, mantel terdedah di permukaan Bumi?"
  • "... bahawa drama Shakespeare yang paling lama ialah Hamlet?"
  • "... bahawa tentera Czech menempah kereta kebal LT vz 35 walaupun banyak kecacatan, sehinggakan ia terpaksa dipulangkan?"

Terjemah

Senarai lengkapMulakan Wikipedia dalam bahasa lain


Wikipedia merupakan projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan bermotif keuntungan yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
Mediawiki-logo.png
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas