Perlawanan Akhir Piala FA 2007/2008: Selangor 2-3 Kedah
Malaysian FA Cup Final 2007/2008 -- 21 June 2008, Shah Alam Stadium, Selangor. Kedah Pertahan Kejuaraan Piala FA Kedah mempertahankan kejuaraan Piala FA untuk muncul juara buat kali kedua berturut-turut setelah mengalahkan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam. Selepas menjuarai Liga Super April lepas, skuad Kenari yang dalam misi memburu trofi kedua berjaya membuka jaringan ketika perlawanan baru berusia seminit apabila Mohd Fadly Baharom menyudahkan hantaran silang Baddrol Bakhtiar. Selangor yang tersentak dengan gol Kedah itu terus menyusun jenteranya dan hampir menyamakan kedudukan pada minit kelima perlawanan namun Mohd Amri Yahyah gagal menyempurnakan peluang walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol Kedah Mohd Hilmi Eliza Elias. Usaha berterusan anak-anak buah Dollah Salleh akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-13 apabila Mohd Amirulhadi Zainal menyepak bola masuk ke dalam gol setelah pertahanan Kedah, Mohd Fazliata Taib tersilap menolak bola kepada penyerang kebangsaan itu. Ketika Selangor menguasai permainan dan melancarkan serangan untuk mencari gol pendahuluan melalui gandingan Mohd Safee Sali dan Amri, Kedah terus menyentak semangat "Red Giants" dengan gol kedua. Penyerang kebangsaan Mohd Khyril Muhymeen Zambri menyudahkan gerakan satu dua dengan dengan Nelson Sam Martin pada minit ke-32 untuk membolehkan skuad Kenari itu mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. Sebaik babak kedua bersambung Kedah sekali lagi mengejutkan <b>...</b>